Privacy NoticeNotis Privasi
Privacy Notice
1. Who we are
Chup Online Sdn Bhd (Registration No. 1500102-D) runs chup.online and chup.hospital. For the personal data described in this notice, we are the data controller under the PDPA.
2. Personal data we collect
What you give us. When you message us on WhatsApp, fill in the contact form, email us or meet us, we receive your name, your role, your hospital or organisation, your mobile number and WhatsApp profile name, and whatever you write to us.
What this website collects by itself. Very little. This website sets no cookies and runs no analytics or advertising trackers. The contact form does not send anything to our servers: it only prepares a WhatsApp message, and nothing reaches us until you press send in WhatsApp. If you tick items on chup.hospital, your ticks are saved only in your own browser.
Technical data. To deliver the page, our hosting provider receives standard technical information such as your IP address and browser type.
Sensitive personal data. We do not ask for it here. Please do not send us patient information or medical details through this website or WhatsApp.
3. Where the data comes from
From you directly. Sometimes from a colleague at your organisation who introduces you to us, or from public sources such as your hospital's website, limited to business contact details.
4. Why we use it
- To reply to your enquiry.
- To arrange and run a demonstration for you and your team.
- To prepare a proposal, and to enter into and carry out an agreement with your organisation.
- To keep in touch with you about Chup, where you have asked us to or agreed to it.
- To keep business records, keep this website secure, and meet our legal obligations.
We do not use your personal data for anything else without telling you first and, where the law requires, asking for your consent.
5. Is giving us your data compulsory?
No. It is voluntary. But we need at least your name, your hospital and a way to reach you. Without these we may not be able to reply or arrange a demonstration.
6. Who we share it with
- Our own staff who need it to deal with your enquiry.
- Service providers who help us operate, such as messaging (WhatsApp, operated by Meta), hosting, email and IT support, bound by confidentiality.
- Our professional advisers and auditors.
- Regulators, courts and law enforcement agencies, where the law requires it.
- A successor to our business in a merger, acquisition or restructuring, bound by this notice.
We do not sell personal data. We do not pass it to third parties for their own marketing.
7. Transfers outside Malaysia
Some of our service providers, including WhatsApp, process data on servers outside Malaysia. We transfer personal data outside Malaysia only as section 129 of the PDPA allows, and we take reasonable steps to make sure it is protected to a standard comparable to the PDPA.
8. How we protect it
We take practical steps to protect personal data against loss, misuse, modification, and unauthorised or accidental access or disclosure. Access is limited to people who need it. If a personal data breach happens, we will notify the Personal Data Protection Commissioner and the affected individuals as the PDPA requires.
9. How long we keep it
Only for as long as needed for the purposes above, or as the law requires. If an enquiry goes no further, we normally delete it within 24 months of our last contact. After that, personal data is deleted or made anonymous.
10. Your rights
You may, at any time:
- ask for a copy of the personal data we hold about you;
- ask us to correct or update it;
- withdraw your consent, or ask us to limit how we use your data;
- ask us to stop contacting you for marketing;
- ask us to send your data to another data controller, where this is technically feasible;
- make an enquiry or a complaint.
Write to our Data Protection Officer using the details in section 16. We may need to confirm your identity, and the law allows us to charge a prescribed fee for an access request. We will reply within 21 days. If you are not satisfied, you may complain to the Personal Data Protection Commissioner of Malaysia (pdp.gov.my).
11. Marketing
We contact you about Chup only in a business context. Reply "STOP" on WhatsApp or email us, and we will stop.
12. Patients, and data that hospitals process with Chup
This notice covers this website and enquiries made to us. When a hospital uses Chup to serve its patients and staff, the hospital is the data controller and decides how that data is used. We act as the hospital's data processor, on its written instructions and under contract. If you are a patient, please read your hospital's privacy notice and contact your hospital first. If you write to us, we will pass your request to the hospital.
13. Children
This website is for hospital leaders and their teams. It is not directed at anyone under 18, and we do not knowingly collect their personal data here.
14. Links to other websites
This website links to WhatsApp and to our other website. Their own privacy notices apply once you leave this one.
15. Changes, and language
We may update this notice. The current version is always on this page, with the date at the top. This notice is issued in English and Bahasa Malaysia. If the two differ, the English version prevails.
16. Contact
Data Protection Officer
Chup Online Sdn Bhd (1500102-D)
Level 3, Wisma Suria, Jalan Teknokrat 6, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Email: [email protected]
WhatsApp: +60 17-375 6569
Notis Privasi
1. Siapa kami
Chup Online Sdn Bhd (No. Pendaftaran 1500102-D) mengendalikan chup.online dan chup.hospital. Bagi data peribadi yang diterangkan dalam notis ini, kami ialah pengawal data di bawah APDP.
2. Data peribadi yang kami kumpul
Maklumat yang anda berikan. Apabila anda menghantar mesej WhatsApp, mengisi borang hubungan, menghantar e-mel atau berjumpa dengan kami, kami menerima nama anda, jawatan anda, hospital atau organisasi anda, nombor telefon bimbit dan nama profil WhatsApp anda, serta apa-apa yang anda tulis kepada kami.
Maklumat yang dikumpul oleh laman web ini. Sangat sedikit. Laman web ini tidak menggunakan kuki, alat analitik atau penjejak pengiklanan. Borang hubungan tidak menghantar apa-apa kepada pelayan kami: ia hanya menyediakan mesej WhatsApp, dan tiada apa-apa sampai kepada kami sehingga anda menekan hantar di WhatsApp. Jika anda menanda perkara di chup.hospital, tanda itu disimpan dalam pelayar anda sendiri sahaja.
Data teknikal. Untuk memaparkan laman ini, penyedia pengehosan kami menerima maklumat teknikal biasa seperti alamat IP dan jenis pelayar anda.
Data peribadi sensitif. Kami tidak memintanya di sini. Sila jangan hantar maklumat pesakit atau butiran perubatan melalui laman web ini atau WhatsApp.
3. Sumber data
Daripada anda sendiri. Kadangkala daripada rakan sekerja di organisasi anda yang memperkenalkan anda kepada kami, atau daripada sumber awam seperti laman web hospital anda, terhad kepada butiran hubungan perniagaan.
4. Tujuan kami menggunakannya
- Untuk menjawab pertanyaan anda.
- Untuk mengatur dan menjalankan demonstrasi bagi anda dan pasukan anda.
- Untuk menyediakan cadangan, serta memeterai dan melaksanakan perjanjian dengan organisasi anda.
- Untuk terus berhubung dengan anda tentang Chup, jika anda meminta atau bersetuju.
- Untuk menyimpan rekod perniagaan, menjaga keselamatan laman web ini dan mematuhi kewajipan undang-undang kami.
Kami tidak menggunakan data peribadi anda untuk tujuan lain tanpa memaklumkan anda terlebih dahulu dan, jika dikehendaki oleh undang-undang, mendapatkan persetujuan anda.
5. Adakah wajib memberikan data anda?
Tidak. Ia secara sukarela. Namun kami memerlukan sekurang-kurangnya nama anda, hospital anda dan cara untuk menghubungi anda. Tanpa maklumat ini, kami mungkin tidak dapat menjawab atau mengatur demonstrasi.
6. Kepada siapa kami zahirkan data
- Kakitangan kami yang memerlukannya untuk menguruskan pertanyaan anda.
- Penyedia perkhidmatan yang membantu operasi kami, seperti pemesejan (WhatsApp, dikendalikan oleh Meta), pengehosan, e-mel dan sokongan IT, yang terikat dengan kewajipan kerahsiaan.
- Penasihat profesional dan juruaudit kami.
- Pihak berkuasa kawal selia, mahkamah dan agensi penguatkuasaan undang-undang, jika dikehendaki oleh undang-undang.
- Pengganti perniagaan kami dalam penggabungan, pengambilalihan atau penyusunan semula, yang terikat dengan notis ini.
Kami tidak menjual data peribadi. Kami tidak memberikannya kepada pihak ketiga untuk pemasaran mereka sendiri.
7. Pemindahan ke luar Malaysia
Sesetengah penyedia perkhidmatan kami, termasuk WhatsApp, memproses data di pelayan di luar Malaysia. Kami memindahkan data peribadi ke luar Malaysia hanya seperti yang dibenarkan oleh seksyen 129 APDP, dan kami mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan data itu dilindungi pada tahap yang setanding dengan APDP.
8. Cara kami melindunginya
Kami mengambil langkah praktikal untuk melindungi data peribadi daripada kehilangan, salah guna, pengubahsuaian, serta akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja. Akses dihadkan kepada mereka yang memerlukannya. Jika berlaku pelanggaran data peribadi, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan individu yang terjejas seperti yang dikehendaki oleh APDP.
9. Tempoh simpanan
Hanya selama yang diperlukan bagi tujuan di atas, atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Jika sesuatu pertanyaan tidak diteruskan, kami biasanya memadamkannya dalam tempoh 24 bulan selepas hubungan terakhir kami. Selepas itu, data peribadi dipadamkan atau dijadikan tanpa nama.
10. Hak anda
Pada bila-bila masa, anda boleh:
- meminta salinan data peribadi anda yang kami simpan;
- meminta kami membetulkan atau mengemas kininya;
- menarik balik persetujuan anda, atau meminta kami mengehadkan penggunaan data anda;
- meminta kami berhenti menghubungi anda untuk pemasaran;
- meminta kami menghantar data anda kepada pengawal data lain, jika ia boleh dilaksanakan dari segi teknikal;
- membuat pertanyaan atau aduan.
Tulis kepada Pegawai Perlindungan Data kami menggunakan butiran di seksyen 16. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda, dan undang-undang membenarkan kami mengenakan fi yang ditetapkan bagi permintaan akses. Kami akan menjawab dalam tempoh 21 hari. Jika anda tidak berpuas hati, anda boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia (pdp.gov.my).
11. Pemasaran
Kami menghubungi anda tentang Chup dalam konteks perniagaan sahaja. Balas "STOP" di WhatsApp atau e-mel kami, dan kami akan berhenti.
12. Pesakit, dan data yang diproses oleh hospital menggunakan Chup
Notis ini meliputi laman web ini dan pertanyaan yang dibuat kepada kami. Apabila hospital menggunakan Chup untuk melayani pesakit dan kakitangannya, hospital itu ialah pengawal data dan menentukan cara data tersebut digunakan. Kami bertindak sebagai pemproses data bagi pihak hospital, mengikut arahan bertulisnya dan di bawah kontrak. Jika anda seorang pesakit, sila baca notis privasi hospital anda dan hubungi hospital anda terlebih dahulu. Jika anda menulis kepada kami, kami akan menyampaikan permintaan anda kepada hospital.
13. Kanak-kanak
Laman web ini adalah untuk pemimpin hospital dan pasukan mereka. Ia tidak ditujukan kepada sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun, dan kami tidak mengumpul data peribadi mereka di sini dengan sengaja.
14. Pautan ke laman web lain
Laman web ini mempunyai pautan ke WhatsApp dan ke laman web kami yang satu lagi. Notis privasi mereka sendiri terpakai sebaik sahaja anda meninggalkan laman ini.
15. Perubahan, dan bahasa
Kami mungkin mengemas kini notis ini. Versi semasa sentiasa ada di halaman ini, dengan tarikh di bahagian atas. Notis ini dikeluarkan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Jika terdapat percanggahan, versi bahasa Inggeris akan terpakai.
16. Hubungi kami
Pegawai Perlindungan Data
Chup Online Sdn Bhd (1500102-D)
Level 3, Wisma Suria, Jalan Teknokrat 6, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia
E-mel: [email protected]
WhatsApp: +60 17-375 6569